Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan seramai 91 orang pesakit positif Covid-19 telah sembuh dan discaj dari wad. Jumlah keseluruhan yang telah pulih adalah sebanyak 479 orang.
Menerusi perkongsian dari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sekumpulan pertama pesakit Covid-19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sudah pulih dan boleh balik ke kediaman masing-masing.
“Alhamdulillah” – Dr Noor Hisham
Kumpulan pertama pesakit #COVID19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah. – Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham pic.twitter.com/XGCdcrw0rX
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 30, 2020
Sumber: KKM