Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

”Due Date” Bersalin Sudah Dekat, Apa Persediaan Ibu Hamil Ketika COVID-19 Ini?

Nur Adnin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

MENANTIKAN kelahiran anak adalah moment terindah bagi setiap insan yang bergelar ibu, apatah lagi jika yang bakal lahir itu adalah cahaya mata pertama keluarga.

Namun, tidak dinafikan, tempoh pandemik COVID-19 ini agak merunsingkan fikiran ramai ibu yang sedang menantikan ‘due date’ hari bersalin mereka.

Oleh itu, apakah persediaan yang harus mereka lakukan? Mari baca penjelasan daripada artikel Hello Doktor ini.

Gambar hiasan

Melahirkan anak

Proses melahirkan anak adalah satu waktu yang paling tidak sabar ditunggu oleh bakal ibu bapa. Namun dalam penularan wabak COVID-19 ini, sudah tentu ia adalah perkara yang turut menyebabkan kebimbangan.

Pastinya banyak persoalan akan bermain di fikiran. Mungkinkah anak yang bakal dilahirkan terkena jangkitan coronavirus ini? Bagaimana proses penyusuan kalau anda sebagai ibu diletakkan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)?

Bagaimanakah persediaan bersalin ketika COVID-19?

Setakat ini, masih tidak terdapat bukti menunjukkan COVID-19 boleh disebarkan oleh seorang wanita hamil kepada janinnya. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan di Wuhan, China terhadap empat wanita hamil yang positif COVID-19.

Selepas bayi dilahirkan, tiga daripada responden bersetuju untuk dilakukan ujian kepada bayi mereka dan semuanya didapati negatif COVID-19. Empat bayi tersebut juga tidak menunjukkan sebarang simptom coronavirus.

Jadi apa yang boleh dikatakan, persediaan bersalin ketika COVID-19 adalah seperti biasa. Cuma mungkin wujud keterbatasan untuk bakal ibu bapa dalam melakukan persiapan dari aspek barangan bayi.

Tetapi bagaimana pula daripada aspek mental bakal ibu ketika proses melahirkan anak itu nanti? Adakah perlu melaluinya secara berseorangan tanpa ditemani pasangan atau keluarga?

Menurut OB-GYN, merangkap tenaga pengajar obstetrik dan ginekologi di Oregon Health & Science University, Dr Rachel Pilliod, “Sememangnya saat melahirkan anak bukan sekadar satu proses fisiologi dan pastinya wujud keinginan untuk berkongsi bersama insan tersayang.”

Sebagai satu persediaan bersalin ketika COVID-19, beliau menasihatkan wanita yang bakal menyambut kelahiran anak semasa tempoh pandemik ini untuk melakukan rundingan dengan hospital pilihan.

Kebiasaannya pihak hospital akan mengehadkan seorang individu sihat untuk bersama sepanjang tempoh berada di hospital. Walau bagaimanapun, sudah pasti ia bergantung kepada syarat yang dikeluarkan hospital, terutamanya waktu penularan COVID-19.

Turut disarankan, jika pihak hospital membenarkan seorang individu untuk menemankan ibu selepas bersalin, sebaiknya sediakan individu pengganti yang boleh membantu ibu dan bayi jika peneman tersebut mungkin perlu menjalani proses kuarantin-14 hari.

Gambar hiasan

Apakah risiko jangkitan kepada bayi yang baru dilahirkan?

Bagaimana dengan proses penyusuan? Bolehkah dilakukan seperti biasa terutamanya jika ibu mungkin mempunyai simptom jangkitan?

Pengamal Perubatan dan juga Pensyarah Kanan di Leeds dan Bradford University, Dr Amir Khan memberitahu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) tidak terdapat sebarang virus penyebab COVID-19 yang ditemui di dalam susu ibu.

Dr Amir menjelaskan, jika anda ingin menyusukan bayi dan tidak mempunyai sebarang gejala, menjaga aspek kebersihan adalah kunci utama dalam membendung penularan wabak coronavirus.

Manakala jika anda mungkin mempunyai simptom, anda disarankan untuk mengepam susu ke dalam botol dan berikan individu lain yang sihat untuk memberikan susu kepada bayi anda.

Semestinya proses penyusuan tidak digalakkan untuk dihentikan walaupun anda mungkin mempunyai simptom. Ini kerana bayi memerlukan antibodi yang terdapat di dalam susu. Ia adalah cara terbaik untuk membantu si manja melawan virus.

Tetapi penjagaan individu mungkin bergantung kepada tahap simptom yang dialami ibu. Sebaiknya, perbincangan dengan bakal ibu, keluarga dan pihak perubatan perlu dilakukan berkaitan penyusuan badan serta persediaan bersalin ketika COVID-19.

Bagi ibu yang mungkin mempunyai risiko jangkitan, pihak CDC menasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengendalikan bayi. Ini termasuklah mencuci tangan sebelum menyentuh bayi dan memakai topeng muka sewaktu proses penyusuan.

Jika anda memilih untuk memberikan susu formula, pastikan barangan yang digunakan seperti botol susu dibersih dan dicuci mengikut garis panduan sterilisasi.

Gambar hiasan

Kes jangkitan COVID-19 melibatkan bayi yang baru lahir?

Terdapat satu kes jangkitan melibatkan bayi yang baru dilahirkan diuji positif COVID-19 di salah sebuah hospital di bahagian utara London. Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu tersebar melalui plasenta sebelum kelahiran atau pada masa kelahiran.

Ibu bayi tersebut diuji positif COVID-19 di hospital Middlesex Utara, di Enfields. Keputusan hanya diperolehi selepas melahirkan anak. Setakat ini, kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jika positif jangkitan, apakah persediaan bersalin ketika COVID-19?

Bagi wanita hamil positif COVID-19 pada waktu melahirkan anak, mereka akan diasingkan daripada pesakit lain dan pengamal perubatan pula akan memakai topeng muka.

CDC menjelaskan keluarga pesakit sememangnya tidak dibenarkan untuk melawat, maka penggunaan mekanisma alternatif untuk pesakit dan ahli keluarga berhubung adalah seperti panggilan video menggunakan telefon atau tablet.

Selepas bayi dilahirkan, pastikan mereka akan diasingkan daripada ibu sehingga status jangkitan diputuskan. Ini adalah untuk membendung penularan wabak kepada bayi, jika masih belum berlaku.

Gambar hiasan

Jangan tertekan

Tidak dinafikan dalam tempoh ini, kebanyakan individu akan berdepan tekanan khususnya para ibu mengandung. Apatah lagi memikirkan tempoh melahirkan anak semakin dekat.

Walau bagaimanapun, bakal ibu sekalian dinasihatkan untuk menghindari sebarang tekanan. Lakukan perbincangan dengan pengamal perubatan tentang persediaan bersalin ketika COVID-19 ini.

Sama ada merancang untuk bersalin di rumah atau mungkin di hospital bersalin, dapatkan rundingan dengan pakar terlebih dahulu. Jangan melakukan sebarang keputusan terburu-buru.

Paling penting, sepanjang tempoh ini, lakukan penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan lakukan jarak sosial dengan sebaiknya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, okay?

Jika anda mempunyai sebarang simptom, melakukan kontak dengan individu positif COVID-19, atau pernah pergi ke negara yang mengalami wabak, laporkan kepada doktor dan jangan rahsiakannya. Jadilah individu yang bertanggungjawab.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor