Siakap Keli
Gambar: Ebit Lew

Nasib Keluarga Tidur Atas Jambatan Terbela, Ebit Lew Sewa Rumah Lebih Selesa

Tempoh hari, tular berkenaan sebuah keluarga yang terpaksa tinggal di jejantas. Dengan hanya tidur beralaskan kotak, kisah keluarga ini telah mendapat perhatian daripada pendakwah bebas bernama Ustaz Ebit Lew.

Selepas sahaja beliau mengetahui dugaan serta kepayahan yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini, beliau terus bergegas ke lokasi keluarga berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian.

Alhamdullilah, keluarga yang terpaksa berteduh di bawah jambatan itu dikhabarkan telah pun berjaya dibantu oleh ustaz Ebit Lew. Perkongsian tersebut telah dikongsi sendiri oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman media sosial miliknya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sebak rasa. Baru sampai rumah setelah seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur. Saya bayarkan rm500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur anak ini tidur di jambatan alas kotak. Hari ini bermain-main dah ada rumah sendiri.

Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi ajk tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya. Ya Allah ampunkan dosaku kerana terlambat bantu mereka.

Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan pergi shoping atau sewa hotel. Hati saya dah lali kena halau ini. Dulu sebab usaha dakwah. Kena halau dari masjid. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat. Saya doakan kebaikan dan rahmat pada semua yang pernah halau saya. Saya maafkan semuanya. Saya sayang semuanya. Jangan hina mereka. Kadang ujian ini perlu untuk dekat pada Allah. Tanpa ujian kita tak boleh dekat padaNya.

Syukur kawan-kawan bantu. Terima kaseh abang azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kaseh tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam dan barang dapur. Baju saya banyak dan baju isteri serta anak. Saya hadiahkan padanya. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.

Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui..-ebitlew

Sumber: Ebit Lew

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.