Siakap Keli
Gambar: Mothership

Cuba Halang Pesakit Covid-19 Larikan Diri, Jururawat Menderita Muka Digigit Pesakit

Seorang jururawat di Guangzhou didakwa telah diserang oleh seorang pesakit dari Nigeria selepas dia cuba menghalang pesakit itu melarikan diri dari hospital.

Menurut portal Mothership.sg yang memetik laporan Global Times, pesakit itu enggan menjalani kuarantin perubatan. Dia didakwa telah memukul dan dan menggigit muka jururawat tersebut.

Gambar: Mothership

Pesakit yang berusia 47 tahun itu dikatakan telah tiba di Guangzhou pada 20 Mac yang lalu dan disahkan positif Covid-19. Dia telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan pada 23 Mac.

Dia enggan menjalani ujian perubatan dan didakwa menyerang jururawat yang cuba menghalangnya.

Gambar: Mothership

Global Times juga melaporkan bahawa jururawat tersebut telah ditolak ke lantai dan dipukul. Dia mengalami kecederaan pada wajah, leher dan pinggangnya.

Gambar: Mothership

Polis China masih lagi sedang menyiasat kejadian tersebut dan suspek pada ketika ini sedang dikuarantin serta menjalani rawatan di bawah pengawasan polis.

Sumber: Mothership

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa