Siakap Keli

Pre-Order HUAWEI Siri P40, MatePad Pro Dan Watch GT 2e Hari Ni, Dan Nikmati Freebies Lumayan

Setelah beberapa lama memberi gambaran akan pelancaran ‘barisan’ terbaru, Huawei Malaysia akhirnya mengumumkan tiga produk dengan penampilan luar biasa yang akan menjadi rebutan di pasaran mulai hari ini.

Tiga produk itu adalah P40 dan P40 Pro, MatePad Pro dan Watch GT 2e yang masing-masing mempunyai keistimewaan serta menawarkan kelebihan lebih berteknologi kepada bakal penggunanya.

Tak sabar nak tahu lebih lanjut?

Pengguna tegar Huawei pasti puas hati dengan kebolehan P30 dan P30 pro yang membuktikan kemampuan cemerlangnya sebelum ini. Huawei Siri P40 digambarkan sebagai peranti yang mempunyai kredibiliti ‘smartphone photography’ yang terbaik, serta merupakan model paling ‘mampu milik’ berbanding model lain.

Berharga MYR2,799 (P40) dan MYR3,899 (P40 Pro), korang boleh pre-order siri P40 kini dan menikmati hadiah percuma bernilai lebih MYR1,300, termasuk HUAWEI Freebuds 3, cloud storage 50GB, warranty dilanjutkan 1 tahun, perlindungan skrin 1 bulan, langganan video HUAWEI selama 3 bulan, case pengecasan tanpa wayar (untuk P40), dan wireless car supercharger (P40 Pro).

Kamera P40 Pro dilengkapi dengan lensa belakang iaitu 50MP RYYB (f/1.9) utama + 8MP (f/2.4) telefoto zoom optikal dengan OIS + 16MP (f/2.2) sudut lebar + 50x digital zoom.

Paling mantap, ia didatangkan dengan sensor warna bersama 8 saluran pelbagai spektrum untuk kualiti warna lebih gempak.

Siri fon pintar flagship HUAWEI yang terbaru ni boleh didapati dalam warna Deep Sea Blue, Blush Gold, dan Silver Frost.

MatePad Pro – tablet yang anda perlukan setiap hari

Huawei membawa masuk Huawei MatePad Pro sesuai untuk korang yang selalu bergerak.  Ringan dan lebih ‘sleek’, MatePad Pro tampil dengan skrin LCD berkeluasan 10.8 inci bersama empat pilihan warna iaitu Pearl White dan Midnight Grey.

Dengan tawaran harga serendah RM2,399, Pelanggan yang membuat pra-tempahan sekarang layak menikmati ganjaran percuma bernilai MYR1,000, yang termasuk papan kekunci, M-Pen, dan langganan percuma HUAWEI Video selama 3 bulan.

Pelanggan yang membuat tempahan bagi siri P40 dan MatePad Pro akan mendapat ganjaran ahli lebih RM2381.

HUAWEI Watch GT 2e — Jalani gaya hidup pintar dan aktif

Huawei Watch GT 2e tampil lebih ‘sporty’ dan juga dijual pada harga yang lebih rendah daripada Watch GT sebelum ini.  Badan jam diperbuat darikeluli tahan karat serta disokong 5 ATM untuk perlindungan kalis air.

Dengan harga hanya MYR599, Watch GT 2e didatangkan dalam warna Mint Green dan Graphite Black. Untuk korang yang nak buat pre-order akan dapat tali percuma bernilai MYR68.

Menariknya, Watch GT 2e juga mempunyai ketahanan bateri yang sama iaitu 14 hari (2 minggu).  RAM pada jam ini adalah 16MB manakala untuk storan dalaman ia mempunyai saiz 4GB yang boleh memuatkan kira-kira 500 lagu.  Untuk senaman, terdapat banyak pilihan mod seperti skateboard, memanjat, belayar, menari, berenang, treadmill, dan banyak lagi.

Penggunaan peranti Huawei lebih best dengan AppGallery yang kini merupakan yang ketiga terbesar selepas Google Play dan App Store.

AppGallery HUAWEI kini mengandungi lebih daripada 90% aplikasi yang paling sering digunakan oleh Rakyat Malaysia, seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, TikTok, Lazada dan banyak lagi. Ia juga selamat kerana diperkuat dengan empat lapisan perlindungan telah disahkan piawaian industri tertinggi.

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), HUAWEI Malaysia menawarkan akses premium Huawei Video percuma 3 bulan kepada semua siri P40 dan MatePad Pengguna Pro. Bukan itu sahaja, semua pengguna HUAWEI sedia ada di Malaysia juga boleh menikmati 1 bulan akses premium percuma sepanjang tempoh PKP ni.

Jika korang berdepan dengan sebarang kerosakan mahupun masalah peranti Huawei, HUAWEI Care 2020 membantu korang dengan:

  • Extraordinary One Stop Service, yang menawarkan perkhidmatan pembaikan satu jam yang cepat untuk pengguna HUAWEI.
  • Extra Value Services, iaitu penggantian skrin secara one-off dan jaminan dilanjutkan satu tahun serta HUAWEI Service Day program bulanan termasuk perkhidmatan profesional untuk perusahaan.
  • o2o (Offline to Online), iaitu perkhidmatan ‘ambil dan hantar’ secara dalam talian dan luar talian membolehkan pelanggan membuat pembelian atau dapatkan peranti mereka dibaiki atau diservis, tanpa meninggalkan rumah.

Berminat nak beli?

Huawei P40 series, MatePad Pro Wifi edition, dan Watch GT 2e boleh mula dipre-order mulai hari ini (3 April) dan penghantaran akan dibuat pada 11 April ke atas. Korang boleh rujuk maklumat dibawah bagi pembelian peranti ni secara atas talian. Jangan keluar rumah semasa tempoh PKP ni ya.

HUAWEI Malaysia’s Online Platforms:

HUAWEI Online Shop 

HUAWEI Flagship Lazada store

HUAWEI Malaysia’s Partners:

Celcom Store – Pre-Orders for P40

Celcom Store – Pre-Orders for P40 Pro

HUAWEI Malaysia’s Store Location:

Nur Farra