Siakap Keli

(Video) Gelagat Orang Utan Basuh Tangan Lepas Lihat Semua Penjaga Zoo Lakukan Berulang Kali

Jangkitan Covid-19 di seluruh dunia pada ketika ini semakin memuncak dengan melebihi satu juta kes telah direkodkan secara keseluruhan.

Pelbagai inisiatif dan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa setiap negara bagi membendung penularan pandemik ini.

Pun begitu, orang ramai juga perlu lebih peka dan mengikuti saranan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Seperti yang diketahui,  membasuh tangan merupakan rutin penting yang perlu dilakukan pada ketika ini bagi mengekalkan kebersihan dan mengelakkan penyebaran bakteria.

Jangan terkejut jika ada juga haiwan yang rajin membasuh tangan. Satu video yang memaparkan seekor orang utan leka membasuh tangan telah tular di laman Twitter.

Orang utan yang dipanggil Sandra itu mula membasuh tangannya selepas dipercayai melihat semua penjaga zoo melakukannya berulang kali kerana krisis Covid-19 yang berlaku pada ketika ini.

Gelagatnya itu bukan sahaja mengagumkan warganet malahan turut mencuit hati mereka sehingga kiriman tersebut telah diulang kicau sebanyak 93.5 ribu dan mendapat 278.2 ribu tanda suka.

Jadi, tiada alasan untuk anda tidak membasuh tangan sekaligus mencegah penularan virus berbahaya tersebut.

Sumber: Rex Chapman

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa