Siakap Keli

(Video) Individu Disyaki Guna Kapak ’Bantai’ Anjing Dalam Guni Undang Kemarahan Ramai

Haiwan juga merupakan makhluk Tuhan yang perlu disayangi dan dijaga. Pun begitu, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menganiayai mahkluk tersebut tanpa rasa belas kasihan.

Terbaru, tular satu video yang dimuatnaik di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia yang memaparkan seorang individu didakwa memukul haiwan disyaki seekor anjing berulang kali.

Menerusi rakaman yang berdurasi 23 saat itu, individu terbabit dipercayai menggunakan kapak untuk memukul anjing tersebut.

Menurut perkongsian itu juga, sekiranya perbuatan itu berlaku di dalam negara ini, diminta kepada pencinta haiwan seluruh negara untuk tampil memberikan maklumat. Walau bagaimanapun, menerusi komen netizen, ada yang mendakwa bahawa ia berlaku di Brunei.

Video kejam pukul anjing dengan kapak berulang-kali ini sampai ke Animal Malaysia tadi.Jika berlaku dalam Malaysia. Sekalian pencinta haiwan seluruh negara yang mengecam pemandangan ini di lokasi mana mohon salurkan maklumat lengkap ke whatsapp Animal Malaysia +601120901097.Kita percaya saudara mara dan jiran pelaku mesti menonton aksi ini di page FB Persatuan Haiwan Malaysia atau Instagram animalmalaysia. Tampillah untuk beri keadilan kepada anjing malang ini. Penjenayah haiwan yang bantai anjing lemah begini wajar diterajang ke penjara tanpa kesian.Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Friday, 3 April 2020

Menerusi rakaman tersebut, seorang individu dilihat memukul bungkusan yang dipercayai terdapat anjing di dalamnya. Perkara ini adalah kerana terdapat suara anjing yang sedang menyalak seakan-akan berada dalam kesakitan.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.