Siakap Keli
Gambar: Ist

Cuba Nasihat Agar Penduduk Tidak Berkumpul, Ketua Kampung Cedera Ditumbuk

Ketua kampung di Pesisir Selatan, Sumatera Barat, Indonesia dilaporkan telah dipukul kerana menghalang orang ramai daripada berkumpul.

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi selepas dia bertindak menegur orang ramai supaya tidak berkumpul dengan tujuan untuk mencegah penularan virus Covid-19 yang kian merebak di negara itu.

Ketua Polis Lengayung, Iptu Beni Hari M berkata, ketika mangsa sedang memberi pesanan berkenaan pencegahan Covid-19, mangsa mendapati bahawa terdapat beberapa remaja sedang melepak di sebuah warung.

Bukan saja melepak, mereka dilaporkan turut leka bermain domino sambil menghisap rokok.

Apabila mangsa mengetahui perkara tersebut, dia terus pergi menegur para remaja tersebut untuk menyuruh mereka pulang ke rumah.

Salah seorang daripada remaja berkenaan yang tidak senang dengan teguran mangsa bertindak bertikam lidah dengannya sebelum menumbuknya di bahagian muka.

Susulan daripada kejadian tersebut, suspek telah ditahan dan bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 2 tahun 8 bulan jika didapati bersalah.

Pihak polis kini dilaporkan masih lagi giat melakukan siasatan berkenaan insiden terbabit.

Mangsa dan saksi-saksi telah telah dipanggil untuk membantu siasatan terhadap insiden tersebut. Pihak polis juga berharap agar kes ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Sedang dalam siasatan. Kita berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Ianya patut dijadikan pengajaran.

“Saya harap orang ramai patuh dengan arahan. Jangan berkumpul dan sebaiknya duduk di rumah agar terhindar daripada wabak Covid-19, ujar Beni.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.