Pelakon drama Cinta Roller Coaster, Puteri Aishah Sulaiman dikhabarkan positif COVID-19 setelah menjalani ujian koronavirus itu.
Berita ini disampaikan oleh pengurus beliau, Iman Tang di laman Instagram miliknya.
“Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maghrib.
“Dia (Puteri Aishah) telah disahkan positif COVID-19 sejam lalu. Tolong doakan dia supaya cepat sembuh,” tulisnya pada kapsyen bersama gambar artis berkenaan.
“Terus kuat Puteri,” tambahnya.
Sumber: Iman Tang