Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Chelsea Sah ‘Pinang’ Liam Rosenior Sebagai Pengurus Baharu

Hannah
Liam Rosenior Chelsea
Gambar:

Chelsea Sah ‘Pinang’ Liam Rosenior Sebagai Pengurus Baharu

Chelsea FC dilaporkan bakal melantik pengendali Strasbourg, Liam Rosenior, sebagai pengurus baharu kelab itu berkuat kuasa minggu ini.

Perkembangan tersebut dikongsikan wartawan sukan terkemuka dunia, Fabrizio Romano, menerusi Threads.

Romano mengesahkan Rosenior telah bersetuju menyertai Chelsea dan bakal mula menjalankan tugas dalam masa terdekat.

“Saya boleh sahkan saya bakal menjadi pengurus baharu, saya menandatangani kontrak dengan salah satu kelab terbesar di dunia,” kata Rosenior seperti dipetik Romano.

Menurut laporan BBC, jurulatih berusia 41 tahun itu dijangka menggantikan Enzo Maresca yang meninggalkan Chelsea pada Hari Tahun Baharu lalu.

Rosenior turut mengesahkan beliau telah mencapai persetujuan secara lisan dengan pihak Chelsea, namun kontrak rasmi masih belum ditandatangani.

“Saya belum menandatangani apa-apa lagi. Saya telah bersetuju secara lisan dengan Chelsea,” jelasnya.

Rosenior mengakui keputusan meninggalkan Strasbourg bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, peluang untuk mengendalikan Chelsea terlalu besar untuk ditolak.

“Saya akan sentiasa menyayangi Strasbourg, tetapi saya tidak mampu menolak Chelsea.

“Saya tidak boleh menolak peluang untuk menyertai kelab yang luar biasa, dengan skuad yang hebat dan merupakan juara Piala Dunia Kelab,” kata Rosenior.

Dalam masa sama, Rosenior turut mengesahkan beberapa anggota barisan kejurulatih Strasbourg akan mengikutinya ke Chelsea. Ini termasuk jurulatih pasukan utama Kalifa Cisse, penolong ketua jurulatih Justin Walker dan ketua analisis Ben Warner.

Untuk info, Strasbourg dan Chelsea berada di bawah kumpulan pemilikan yang sama, iaitu BlueCo, yang dimiliki oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital.

BACA: Senarai Calon Berpotensi Jadi Jurulatih Baharu Manchester United

Sumber: Fabrizio Romano/Threads, BBC