Siakap Keli
Gambar: Twitter Peter Login

Dari ”Pilot” Kini Jadi ”Runner”, Bantu Orang Ramai Dapatkan Makanan

Seorang juruterbang British Airways, Peter Login mengambil keputusan untuk menjadi runner sementara syarikat penerbangan itu menghentikan operasi buat sementara waktu berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.

Peter mengambil keputusan untuk menjadi pemandu van pasaraya besar, Tesco dengan menghantar makanan ke rumah pelanggan sepanjang perintah berkurung.

“Kembali ke dalam kokpit bersama Tesco,” katanya sambil berkongsi sekeping gambar swafoto di dalam van syarikat tersebut.

Baru bekerja Januari lalu, beliau merupakan antara 30,000 staf British Airways yang hilang pekerjaan sejak ia berhenti beroperasi minggu lalu.

Pada 2 April lalu, syarikat penerbangan itu memberi cuti kepada para pekerjanya dan menjanjikan pembayaran 80 peratus daripada gaji asal mereka sepanjang krisis tersebut.

Usaha gigih beliau mendapat pujian dan sanjungan orang ramai.

Penuh hormat, tahniah dan terima kasih

British Airways, ini pegawai berkaliber yang anda perlu sentiasa perjuangkan

Moga dapat kembali terbang segera

Semangat dan sikap anda contoh terbaik untuk kami semua hadapi krisis ini

Sumber: Sky News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.