Siakap Keli

Kanak-Kanak Kantoi Menyamar Jadi ‘Baby Shark’ Untuk Curi-Curi Keluar Rumah

Seorang budak lelaki menggunakan taktik penyamaran dengan memakai kostum baby shark untuk curi-curi keluar dari rumahnya bagi bertemu dengan kawannya.

Kanak-kanak yang bernama Jalen Feimster itu memutuskan untuk mengenakan kostum tersebut bagi mengaburi mata ibunya bernama Christine yang berada di luar rumahnya di Ponchatoula, Louisiana pada ketika itu.

Gambar: Metro UK

Taktik licik kanak-kanak itu hampir berjaya sebelum ibunya mula menyedari bahawa anaknya itu mempunyai kostum sama seperti kanak-kanak yang dia sedang perhatikan itu.

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook Christine, dia menulis: “Sedang saya asyik melayari Facebook saya, saya tertarik dengan sebuah perkongsian gambar berkenaan seorang kanak-kanak di dalam kostum Baby Shark di kawasan kejiranan saya.

Saya seperti, oh ada seseorang yang mempunyai kostum sama dengan Jalen. Kemudian saya tersedar bahawa, kanak-kanak di dalam kostum terbabit adalah anak saya.

“Tiap hari dia akan bertanya sama ada boleh bermain bersama kawannya atau tidak kepada saya. Dan saya kerap kali akan melarangnya kerana keadaan tidak selamat sekarang.

Gambar: Metro UK

Jadi pada hari itu, ketika dia melintasi dengan kostum baby shark tersebut, saya ingatkan dia dan Jae masih bermain di garaj seperti biasa, tapi tidak.

Dia telah memutuskan untuk memakai kostum tersebut dan berjalan di kejiranan ini supaya dia boleh menjenguk kawannya dan melambaikan tangan kepada mereka. Saya tak tahu sama ada saya patut marah atau gelak melihat kerenah budak ini,” tulisnya.

sumber: Metro

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa