Siakap Keli

Terkini: Lebih 100 Orang Doktor Di Itali Dilaporkan Terkorban Akibat Covid-19

Jumlah korban kematian Coronavirus dalam kalangan doktor di Itali mencecah 100 kes pada hari Khamis (9 April) apabila empat lagi doktor meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut persekutuan doktor Itali FNOMCEO.

“Bilangan doktor yang telah meninggal dunia kerana COVID-19 adalah 100, mungkin 101 pada masa ini, malangnya,” kata jurucakap FNOMCeO kepada AFP.

Laporan media Itali menganggarkan bahawa 30 jururawat dan pembantu kesihatan dilaporkan ada juga yang telah meninggal dunia akibat COVID-19. Jumlah ini termasuk doktor pesara yang telah kembali bekerja secara sukarela semasa wabak itu.

Sumber: The Spectator Index, The Local It

Nur Farra