Siakap Keli

Berat Badan Tiba-Tiba ‘Sangkut’, Tak Turun-Turun Masa Diet, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernahkah pada satu waktu itu, anda rasa begitu bersemangat hendak berdiet dan bersenam?

Kebiasaannya, kita akan rasa sangat teruja jika usaha itu membuahkan hasilnya, contohnya berat badan kita menurun.

Namun, kalau kita perasan, berat badan itu mula-mula turun dengan ‘lancar’, namun sampai satu masa ia seakan terhenti walaupun waktu itu kita masih ‘on track’ bersenam dan diet. Kenapa ya?

Seorang ahli nutrisi, Syaza Nutritionist telah berkongsi di Facebooknya berkenaan isu ‘berat badan berhenti menurun’ ini sebagai penjelasan kepada kita semua.

Mari kita baca perkongsian penuhnya.

BERAT BADAN DAH TURUN BILA MULA DIET DALAM SEMINGGU DUA, LEPASTU PENURUNAN TERHENTI TAKAT TU JE, KENAPA?

Ianya dikenali dengan fasa ‘plateau’ atau statik.

Walaupun makan dengan berhati-hati dan bersenam secara teratur, berat badan tetap tidak berganjak. Kenapa?

Penjelasannya begini, semasa beberapa minggu pertama anda mula diet, berat badan akan menurun dengan cepat, dan ianya adalah normal.

Penurunan ini terjadi apabila anda mengurangkan kalori, badan mendapat tenaga yang diperlukan pada mulanya dengan melepaskan glycogen, sejenis karbohidrat yang terdapat pada otot dan hati.

Glycogen sebahagiannya diperbuat daripada air, jadi apabila glycogen dibakar untuk tenaga, ia menyingkirkan air dan mengakibatkan penurunan berat badan yang kebanyakannya daripada air.

Walaubagaimanapun, dalam cubaan anda menurunkan berat badan, anda turut kehilangan sedikit jisim otot bersama-sama dengan lemak.

Kebolehan membakar kalori (metabolisme), bergantung kepada jisim otot.

Jadi, apabila anda menurunkan berat badan, metabolisme anda menurun. Bermaksud pembakaran kalori turut menurun dan tak banyak macam sewaktu mula-mula berdiet (iaitu waktu jisim otot anda masih banyak dan tak terkesan dengan diet).

‘Push up’ juga adalah salah satu aktiviti yang boleh diamalkan dalam bersenam – Gambar: hiasan.

Jadi setakat ni anda faham?

Metabolisma yang perlahan akan melambatkan penurunan berat badan.

Oleh itu, jika anda mengambil kalori seperti keadaan metabolisma badan sebelum ini iaitu sewaktu permulaan diet, anda tidak akan dapat menurunkan berat badan dengan lebih lagi, dan terjadilah fasa ‘plateau’.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu menambah aktiviti fizikal supaya ada peningkatan metabolisma badan, atau anda boleh mengurangkan kalori yang anda makan, atau kedua-duanya sekali.

Sila kira jumlah pengambilan kalori seharian mengikut berat badan yang TERKINI dan basal metabolic rate (BMR) yang TERKINI.

Apa sebenarnya BMR tu dan macamana nak buat kiraan yang betul? Kalau ramai yang nak tau, saya akan post pula tentang ni nanti.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'