Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menawarkan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) ke rumah secara percuma bagi pesakit yang mengambil ubat di klinik atau hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tawaran tersebut adalah inisiatif prihatin bersama KKM untuk meringankan bebas pesakit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Difahamkan, perkhidmatan UMP secara percuma itu hanya dijalankan sepanjang tempoh PKP sahaja.
Sila layari www.pos.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.
.
#DudukRumah dan dapatkan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma! Sebuah inisiatif prihatin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini untuk meringankan beban pesakit sepanjang tempoh PKP ini.#Pos4you #PosPrihatin #UbatMelaluiPos pic.twitter.com/XSFNIB65uZ
— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 10, 2020
Sumber: Pos Malaysia