Siakap Keli
Malaysia Travel

Semua Bentuk Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP- Menteri

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

”Keputusan Perdana Menteri, semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang PKP dilaksanakan,” katanya.

Dalam sidang media yang sama juga, beliau turut memaklumkan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan semua operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan serta kedai cermin mata sepanjang PKP.

Selain itu, pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS juga diminta terus kekal di institut pengajian tinggi masing-masing sepanjang PKP dan kerajaan akan menanggung semua perbelanjaan makan serta minum mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, pelajar-pelajar perlu faham langkah ini diambil untuk melindungi keselamatan mereka serta ahli keluarga selain wujud kebimbangan kemungkinan wujud kluster COVID-19 baru sekirranya pergerakkan besar-besaran berlaku.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.