Siakap Keli
Gambar: @jihanharhara

(Video) Merangkak Dan Terus Hilang, Sosok Dipercayai ‘Kuntilanak’ Atas Bumbung Gemparkan Penduduk

Sesiapa sahaja pasti akan merasa takut jika ternampak atau terlihat kelibat hantu di depan mata mereka sendiri. Walaupun tak pernah tahu atau nampak sosok fizikalnya, setiap kali mendengar saja sudah cukup meremangkan bulu roma.

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kelibat yang dipercayai kuntilanak berjaya dirakam di negara seberang Indonesia.

Menurut pengguna Twitter dengan nama Kak Dul, kejadian itu katakan berlaku pada 12 April lepas di sebuah Kompleks Perumahan Condet, Jakarta Timur.

Melalui tweet tersebut, beliau juga bertanya sama ada di atas bumbung tersebut adalah pencuri, ninja ataupun kuntilanak kepada para pengguna Twitter yang lain.

Walaupun agak kurang jelas di dalam video kedua, kuntilanak tersebut terlihat sedang merangkak dan hilang di belakang bumbung rumah tersebut.

Kak Dul juga mengatakan bahawa pemilik asal video iaitu @jihanharhara memberitahu bahawa di rumah itu memang ada makhluk halus dan suka mengganggu anak pemilik rumah tersebut.

Dikatakan juga bahawa kuntilanak tersebut gemar berkeliaran di kawasan itu.

Gambar: Kak Dul/@jihanharhara
Gambar: Kak Dul/@jihanharhara

Sumber: Kak Dul, @jihanharhara

Adib Mohd

Nur Farra