Siakap Keli

Bimbang “Pickup” Pesanan Online Di Bazar Ramadan Jadi Alasan Orang Mahu Keluar Rumah- Menteri

Keluar mengambil pesanan secara atas talian di bazar Ramadan adalah satu alasan yang mungkin akan digunakan oleh ramai pihak untuk keluar dari rumah.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, perkara tersebut dibimbangi akan menyukarkan pihak polis yang menjaga sekatan jalan raya.

“Bila sampai saja di sekatan, mereka beri alasan, ‘saya sudah order barang (makanan), nak pergi pickup‘.

“Jadi ramai orang akan keluar dan semua akan gunakan alasan yang sama,” jelasnya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.

Menurutnya lagi, e-bazar Ramadan yang diperkatakan sebelum ini mungkin membawa pelbagai maksud kepada orang ramai.

“Ada berpandangan, ‘e’ yang dibenarkan adalah pesan (di bazar) dan hantar. Ada juga berpandangan, ‘e’ itu adalah pesan, pickup (di bazar) dan hantar.

“Walaupun pesan secara atas talian, tapi secara fizikalnya jika pickup di bazar, itu juga boleh berlaku kesesakan dan pergerakan ramai,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, jelas Ismail, pihak Kabinet akan bermesyuarat esok untuk membincangkan kemungkinan pelaksanaan e-bazar.

Semalam, dalam sidang media harian, beliau memaklumkan Perdana Menteri memutuskan bahawa semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan sepanjang PKP berkuatkuasa.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'