Siakap Keli

COVID-19: Amalan Penjarakan Sosial Mungkin Perlu Diteruskan Sehingga 2022- Kajian Saintis

Pelaksanaan perintah lockdown untuk tempoh sekali dalam satu masa tidak akan menghentikan penularan wabak COVID-19.

Malah langkah penjarakan sosial untuk mengekang pandemik itu dalam tempoh berulang kali secara berselang mungkin diperlukan sehingga 2022 bagi mengelakkan hospital daripada terus ‘dibanjiri’ pesakit, kata penyelidik Harvard yang merangka trajektori pandemik pada Selasa.

Kajian itu dijalankan ekoran kadar jangkitan wabak di Amerika Syarikat (US) kini sudah sampai kemuncaknya.

Penemuan tersebut secara langsung bertentangan dengan penyelidikan yang dikemukakan White House yang menganggarkan bahawa wabak itu akan berhenti pada musim panas ini.

Sementara itu, pasukan simulasi komputer Harvard yang juga pernah menerbitkan kajian di jurnal sains, menjangkakan bahawa COVID-19 akan ‘muncul’ secara bermusim, seperti kaitan rapat virus itu dengan simptom selsema dengan kadar jangkitan lebih tinggi pada bulan-bulan musim sejuk.

“Kami berasakan langkah penjarakan sosial secara sekali sahaja agak tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan, tambahan pula kapasiti persediaan kritikal di US adalah terhad.

“Jadi apa yang nampaknya perlu dilakukan sekiranya tiada rawatan lain adalah melaksanakan penjarakan sosial secara berselang,” kata penulis, Stephen Kissler ketika dihubungi wartawan.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, ujian saringan besar-besaran secara meluas perlu dilakukan dan tempoh serta pelaksanaan lockdown boleh dilonggarkan jika rawatan dan vaksin sudah tersedia.

Tetapi jika tidak, langkah penjarakan sosial secara berselang atau ‘on-off’ dapat memberi ruang masa kepada hospital untuk meningkatkan keupayaan kapasiti penjagaan krtitikal bagi mengatasi sebarang lonjakan pertambahan kes yang berlaku.

Bagaimanapun, sekiranya penjarakan sosial yang diamalkan terlalu lama tanpa waktu rehat, ia juga boleh menjadi satu masalah.

“Di bawah satu senario yang dimodelkan, penjarakan sosial sangat ‘berkesan’ sehingga tiada imunisasi (kekebalan) manusia dapat dibina,” kata profesor dari Harvard School of Public Health, Marc Liptsitch yang memaksudkan perlunya tempoh berselang.

Sumber: AFP, CNN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.