Siakap Keli

Covid-19: KKM Sahkan Daerah Muar Sebagai Zon Merah

Terdapat pertambahan zon merah menjadi kepada 27 mengikut statistik terbaharu sehingga 12 tengah hari, 14 April.

Daerah terbaharu zon merah ialah Muar. Daerah ini mencatatkan 44 kes positif Covid-19. Ini menjadikan pertambahan zon merah di Johor selain daripada Batu Pahat, Johor Bharu dan Kluang. Manakala, di daerah Kulai, kes positif Covid-19 berada pada tahap jingga di mana mencatatkan 38 kes setakat ini.

PKP Fasa ke-3 bermula hari ini. Penting untuk kita terus duduk rumah dan penjarakan sosial untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Selain itu, di Sarawak masih mengekalkan dua daerah zon merah iaitu di Kuching dan Kota Samarahan. Manakala di Sabah, walaupun hanya satu zon merah dilaporkan di Tawau namun Kota Kinabalu dan Lahad Datu telah berada dalam zon jingga di mana masing-masing mencatat 40 dan 39 kes positif.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)