Siakap Keli

“Masih Lagi Berseronok Ketika Musibah”, Dipercayai Ambil Kesempatan Ketika Suasana Sunyi PKP, ”Couple” Disyaki Berkhalwat Ditahan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang menjalankan operasi mendedahkan ada yang masih mengambil kesempatan untuk ‘bermadu kasih’ dipercayai ambil kesempatan keadaan sekeliling agak sepi dek arahan PKP.

Berdasarkan kenyataan laporan di Facebook Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan, satu serbuan oleh sepasukan penguatkuasa JAHEAIK telah dijalankan dalam satu operasi di sebuah hotel di Kota Bharu, baru-baru ini.

”Apa nak jadi dengan remaja ni? Masih lagi nak berseronok ketika Allah sedang menguji dengan menurunkan musibah besar ini,” dalam satu kenyataan di FB.

Hasil serbuan mendapati, sepasang kekasih telah ditangkap di sebuah hotel di Kota Bharu.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, pasangan terbabit telah diberikan peringatan beserta ‘tazkirah’ yang tegas sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Dalam masa yang sama, sebuah masjid di satu lokasi yang tidak dinyatakan telah dipantau dan ‘didatangi’ oleh pasukan penguatkuasaan tersebut.

Hasil pemerhatian mendapati seramai sembilan orang makmun bersama seorang imam mendirikan solat Isyak secara berjemaah di masjid itu.

Foto: Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan

Hal tersebut jelas melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sebarang aktiviti melibatkan himpunan dijalankan di masjid, termasuklah solat berjemaah.

Jelas kenyataan laporan itu lagi,  semua ahli jemaah di masjid tersebut diberikan taklimat ringkas dan amaran agar mematuhi Arahan Pentadbiran MAIK 1 & 2 sejurus selesai solat Isyak.

Foto: Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan

Difahamkan, lilitan tali telah dibuat di kawasan sekitar masjid sebagai peringatan kepada orang awam agar tidak berkumpul di masjid untuk solat berjemaah.

Foto: Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan

PKP Fasa Ketiga tidak lagi memberi peluang (amaran) kepada mana-mana individu yang ingkar, sebaliknya tindakan undang-undang terus dijalankan dengan tegas berdasarkan Seksyen 21, Enakmen MAIK dengan denda RM5,000, atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub juga sering menegaskan dalam Sidang Media Harian PKP yang berlangsung setiap hari, bahawa pihak polis tidak akan berkompromi lagi bagi mana-mana individu yang didapati ingkar arahan PKP, malah kata beliau, tindakan pihak polis kini lebih keras.

Sumber: Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.