Siakap Keli

Video Gerak Perlahan Rakam Titisan Orang Bersin Bolen Menjangkau Hingga 27 Kaki Jauh

Satu video gerakan perlahan menunjukkan gerakan pantulan bersin yang luar biasa sejauh 27 kaki dan berkemungkinan membawa wabak Coronavirus.

Para saintis AS telah merakamkan video orang yang sihat ketika sedang bersin. Video tersebut kemudian diperlahankan dari 25 saat hingga satu setengah minit.

Mereka mendapati bahawa titisan virus yang dikeluarkan melalui batuk dan bersin dapat bergerak dalam persekitaran lembap dan hangat dengan kecepatan antara 33 dan 100 kaki sesaat.

Ia turut menghasilkan awan gas yang berjangkit dan ‘bergolak’ sehingga mampu mencapai jarak antara 23 kaki hingga 27 kaki (tujuh meter hingga lapan meter).

Profesor Bourouiba yang menulis dalam Journal of the American Medical Association (JAMA),  mengatakan penjarakan sosial yang diamalkan pada hari ini berdasarkan model yang ketinggalan zaman.

Ini kerana mereka tidak mengambil kira kemungkinan awan gas panas dan lembap, yang mampu menahan titisan virus untuk jarak yang lebih jauh.

“Walaupun strategi penjarakan sosial seperti itu sangat kritikal pada masa pandemik ini, mungkin agak mengejutkan bahawa pemahaman semasa mengenai laluan penularan host-to-host dalam respiratory infectious diseases didasarkan pada model penularan penyakit yang ada pada tahun 1930-an yang mengikut piawaian moden, nampak terlalu dipermudahkan,” katanya.

“Jarak ini didasarkan pada perkiraan jarak yang belum mempertimbangkan kemungkinan adanya awan momentum tinggi yang membawa titisan jarak jauh.”

Titisan yang ada di sepanjang lintasan bersin dapat mencemari permukaan, sementara sisanya tetap terperangkap dan berkerumun di dalam awan yang bergerak.

Secara tidak langsung, ‘awan gas bergolak’ tersebut kehilangan momentum dan sisa titisan di dalam awan menyejat.

Gambar: DailyMail/JAMA

Kadar titisan yang telah menyejat ini bergantung pada saiz, kelajuan awan gas dan keadaan persekitaran sekitar seperti suhu dan kelembapan.

Di bawah suhu yang lebih tinggi, jangka hayat titisan dapat dipanjangkan hingga 1,000 – atau dari beberapa saat hingga beberapa minit.

Walaupun setelah penyejatan, ‘droplet nuclei‘ akan terus berada di udara selama berjam-jam, terperangkap dalam aliran udara. Contohnya seperti sistem pengudaraan atau penyaman udara  yang ada di pasar raya atau hospital.

Gambar: DailyMail/JAMA

Profesor Bourouiba juga mengatakan bahawa garis panduan sepanjang tiga hingga enam kaki (satu hingga dua meter) memandang rendah jarak titisan yang dijangkiti dapat bergerak dan berapa lama virus itu dapat hidup di udara.

“Atas sebab-sebab ini dan lain-lain, memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai sangat penting bagi pekerja  kesihatan yang merawat pesakit yang mungkin dijangkiti, walaupun mereka berada lebih jauh dari jarak enam kaki dari pesakit itu.”

Sumber: DailyMail, LADbible, JAMA Network

Adib Mohd