Figura kebajikan, Kuan Chee Heng atau nama gelarannya Uncle Kentang menasihatkan orang ramai supaya sentiasa beranggapan bahawa mereka turut terkena jangkitan COVID-19.
Satu kemas kininya di laman facebook telah menimbulkan tanda tanya dan salah faham dalam pengikutnya.
https://www.facebook.com/kuan.cheeheng/posts/3321688184509594
Ramai netizen dilihat membanjiri ruang komen status berkenaan dan mendoakan agar Uncle Kentang segera sembuh.
Menerusi Facebook Live sebentar tadi, beliau memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul dan menjelaskan tujuan sebenar status berkenaan dimuatkan iaitu mahu orang ramai peka dengan ancaman COVID-19 ketika ini.
”Saya mohon maaf dengan mesej awal yang ramai tidak faham. Ramai yang kata saya ada Covid. Bukan. Sebenarnya saya nak beritau prosedur nak nyah COVID.
“Anggaplah diri kita ada COVID, anggaplah orang lain ada COVID, itulah yang penting untuk bagaimana kita nak kekal jarak dengan orang lain.
“Bila kita anggap orang lain tiada COVID-19, maka kewaspadaan itu akan turun.
“Bila turun, kita akan buat salah dan akan ada ruang untuk COVID berjangkit,” katanya.
Tambahnya lagi, jika berada di mana-mana contohnya pasaraya sekalipun, tetap perlu menganggap bahawa kawasan itu turut dijangkiti COVID-19.
“Anggap super market ada COVID, jadi kamu akan sanitize satu troli, sanitize satu bakul, keep stay away daripada orang lain.
“Then you will be 100 percent alert. Jika tidak alert, kamu akan jadi penyebar,” tambahnya lagi.
https://www.facebook.com/kuan.cheeheng/videos/3321799567831789/
Sumber: Facebook