Tokoh Dr. Saud Anwar dianggap sebagai wira setelah berjaya mencipta alat pernafasan ventilator sehingga dapat digunakan oleh hingga 7 orang pesakit.
The Trick Daily melaporkan pada hari Selasa lalu, selain menjadi doktor pakar paru-paru di Manchester Memorial Hospital, Saud Anwar juga merupakan Senator di Bagian Connecticut.
Saud telah mengadakan misi perubatan untuk bantuan bencana yang diakui oleh pelbagai organisasi dan telah berjaya mencipta ventilator quad splitter, iatu satu mesin ventilator yang boleh digunakan sehingga tujuh orang pesakit.
Saud dan pasukannya menerima kolaborasi bersama pemilik percetakan 3D, Kevin Dyer untuk mereka bentuk mesin pernafasan ini.
“Kami ingin menunjukkan bagaimana satu ventilator boleh membantu pernafasan, bukan hanya satu, dua, tiga, empat, lima pesakit, tetapi tujuh orang sekaligus,” kata Saud dalam satu video yang dimuat naik ke YouTube.
Dalam video lain, Saud juga menjelaskan cara memasang ventilator quad splitter dan menyesuaikan mesin ini agar berfungsi dengan optimum.
Dalam video tersebut, Saud menunjukkan bagaimana pemasangannya dibuat dan beberapa tetapan perlu dilakukan pada mesin itu.
Sumber: Suara.com