Siakap Keli

Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Jika Tidak Bergejala- Ismail Sabri

Tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya individu tidak memakai topeng muka, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. (Rujuk video minit 15:00)

Beliau berkata, mereka yang mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka, manakala yang tidak bergejala adalah terpulang kepada pilihan masing-masing.

”Ketua Pengarah Kesihatan hampir setiap masa mengatakan di dalam sidang media bahawa yang bergejala sahaja perlu memakai topeng muka, yang tidak bergejala adalah pilihan (optional) masing-masing.

”Jadi tidak boleh kita nak menguatkuasakan sesiapa yang tidak memakai topeng ditahan, ditangkap dan sebagainya.

”Oleh itu, bagi kita tidak menjadi kesalahan kalau tidak memakai topeng tersebut ,” jelas Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan polis yang tular di mana mendakwa terdapat individu ditahan kerana tidak memakai topeng muka.

Sidang media perkembangan terkini PKP | 17 April 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 17 April 2020

Posted by Bernama TV on Thursday, 16 April 2020

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP, Bernama TV

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.