Dalam waktu sukar yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini, petugas-petugas barisan hadapan memainkan peranan yang penting bagi memastikan Covid-19 akan segera terhapus.
Mereka terpaksa berkorban segalanya termasuk masa bersama keluarga. Sesetengah dari mereka juga terpaksa menjauhkan diri daripada ahli keluarga apabila pulang ke rumah kerana bimbang akan menjangkitkan virus berbahaya itu.
Hal ini dialami oleh Hazim Halim, yang tidak dapat menyambut hari lahir bapanya dek kerana bapanya menjadi salah seorang petugas barisan hadapan.
Menerusi kiriman di laman Twitter, Hazim memuatnaik perbualan keluarganya di aplikasi WhatsApp yang sayu kerana tidak dapat menyambut hari lahir bapanya pada hari ini. Bapanya yang merupakan seorang anggota polis menghantar pesanan suara yang menyentuh hati apabila dia menangis kerana rindukan anak-anaknya.
Tak pernah aku dengar ayah aku menangis
Tak pernah aku dengar ayah aku menangis. Tak pernah dia tunjuk depan anak anak. Ini pertama kali ayah aku menangis sebab rindu anak anak dia. Takdapat celebrate hari jadi sekali. 😭
Dia frontliner polis. Doakan abah aku kuat dan dipermudahkan urusan dia harini hari jadi dia. 🥰 pic.twitter.com/QstPM8oPsV
— Bangjim #StayAtHome (@hazimhalimmmm) April 17, 2020
Warganet juga rata-ratanya sebak mendengar tangisan itu. Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan kesihatan yang baik buat petugas barisan hadapan itu.
Sumber: Hazimhalimmmm