Siakap Keli

8 Pakar Dari China Tiba Di Malaysia, Bantu Lawan COVID-19

KUALA LUMPUR, 18 April — Satu pasukan pakar perubatan yang dihantar oleh kerajaan China telah tiba di Malaysia pada Sabtu (hari ini) bagi membantu negara melawan pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Lapan pakar tersebut disambut oleh Kedutaan China Ke Malaysia, Bai Tian bersama pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sepanjang tempoh dua minggu keberadaan kumpulan pakar tersebut di negara ini, mereka akan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam memerangi COVID-19 dengan bersama rakan setugas mereka di Malaysia di mana akan membantu usaha Malaysia melawan pandemik, kata duta China.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'