Para ibu bapa yang mempunyai bayi kecil di rumah pasti sedang mencari pelbagai maklumat berkaitan dengan penjagaan bayi mereka.
Lebih-lebih lagi apabila sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baru-baru ini, seorang doktor telah berkongsi informasi di laman Twitter berkaitan dengan penjagaan bayi. Tweet oleh Dr Mohammad Iqbal ini mengajar para ibu cara mengenali tanda-tanda bayi yang sedang lapar.
Tanda-tanda, yg bayi kita lapar.
Bayi yg baru lahir kadang2 menyusu setiap jam pun ada. Memang penat si-ibu. Not easy. Ayah kena faham. Support your wife.
Feeding on demand.
Susu ibu susu yg terbaik utk bayi.
Susuan ibu seumpama jihad.
Give the best start to your baby. pic.twitter.com/lpFkMv7WF3
— Dr Mohammad Iqbal (@DrIqbalSarwar) April 16, 2020
Melalui tweet tersebut, ada 9 tanda yang menunjukkan bayi itu lapar. Antaranya ialah:
– Bergerak
– Pembukaan Mulut
– Memusingkan Kepala
– Regangan
– Pergerakan Meningkat
– Tangan Di Mulut
– Menangis
– Badan Gelisah
– Warna kulit bertukar menjadi merah

Dr. Iqbal juga mengatakan ada bayi yang baru lahir menyusu hampir setiap jam.
“Feeding on demand. Susu ibu susu yang terbaik untuk bayi. Susuan ibu seumpama jihad. Give the best start to your baby,” kata Dr. Iqbal.
Sumber: Dr. Mohammad Iqbal