Siakap Keli
Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Sebak, Ustaz Ebit Lew Bantu Mualaf India OKU Tidur Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew masih tegar meneruskan operasi kebajikannya yang banyak menumpukan kepada insan-insan di jalanan.

Berdasarkan perkongsian terbaharunya di Facebook hari ini, beliau menceritakan telah mendapat informasi daripada seseorang tentang seorang pemuda berbangsa India yang memerluan bantuan.

Hasil ziarahnya mendapati, pemuda yang ditemui di tepi jalan di satu lokasi yang tidak dinyatakan itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), iaitu tidak mampu berjalan dengan sempurna akibat kaki sebelahnya yang kecil.

Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Lebih menghayat hati, pemuda tersebut adalah seorang mualaf dan ahli keluarga terdekatnya dilaporkan baru sahaja meninggal dunia.

Mari ikuti perkongsian penuh Ustaz Ebit Lew mengenai pemuda muallaf itu;

Dapat mesej seorang kakak bagitahu ada seorang anak muda OKU berbangsa India muallaf tidur tepi jalan. Tak boleh berjalan sempurna. Kaki sebelah tu kecil tulang je. Tak boleh naik turun tangga tinggi. Ada ahli keluarga terdekat baru meninggal dunia.

Sedih tengok ujian dia. Kakak tu dan kawannya tolong hantar makanan pada adik ni. Katanya tak tahu nak bantu macam mana. Saya segera ke sana dan lihat keadaannya sendiri. Kasihan waktu-waktu macam ni. Baik orangnya. Masa dapat gambar abang ni tidur tepi jalan kasihan rasa.

Kawasan yang dipercayai ‘tempat tidur’ pemuda muallaf OKU tersebut. Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Terus carikan rumah dan syukur dapat rumah sewa kecil. Owner kenal saya bagi masuk terus dan beri sedikit diskaun. Terima kasih owner rumah yang baik. Abang tadi risau nak bayar sewa macam mana. Saya kata jangan risau selagi abang belum ada kerja dan ok duduk sini..saya bayarkan. Abang duduk jer sini dan jadi orang baik. Jaga hak jiran-jiran.

Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Dia dah Islam banyak lagi nak belajar katanya. Saya cakap padanya ujian hidup supaya kita jadi lebih baik. Allah sayang kita. Saya tekankan supaya jaga solat dan menjadi orang baik. Allah akan jaga kita dunia dan akhirat-ebitlew

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Semoga usaha Ustaz Ebit Lew mendapat ganjaran kebaikan yang berganda daripada Allah SWT.

Ameen.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.