Siakap Keli
Gambar: Tengku Zafrul

Elaun Petugas Kesihatan Hanya Perlu Pengesahan Ketua Jabatan – Laporan Pencapaian Pakej PRIHATIN

Sebentar tadi, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah berkongsi berkenaan Laporan Ke-2 Pencapaian Pelaksanaan Pakej PRIHATIN.

Berikut ialah perkongsian oleh beliau:

Kemudahan Bantuan Khas Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS): Menurut Tengku Zafrul, sehingga 15 April 2020, sebanyak RM2.7 bilion diluluskan untuk 5,000 PKS oleh bank-bank domestik.

Subsidi Upah PERKESO: Sehingga 19 April 2020, sebanyak 159,000 majikan memohon bagi 947,000 pekerja. Sebanyak RM1.13 bilion subsidi diluluskan.

Bantuan Skim Kredit-Mikro: RM700 juta peruntukan disediakan oleh BSN dan TEKUN. Sehingga 19 April 2020, lebih RM45 juta diluluskan untuk perniagaan mikro.

Geran PRIHATIN Khas Untuk Perniagaan Mikro: RM3000 pinjaman tanpa faedah untuk perniagaan mikro. Permohonan dibuka mulai 1 Mei 2020.

Perkhidmatan Nasihat Majikan Oleh KWSP: Dibuka untuk permohonan mulai 24 April 2020

Penerimaan BPN Secara Tunai Oleh BSN: Kemudahan untuk 400,000 rakyat golongan B40 yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal dikreditkan ke dalam bank mereka. Kemudahan ini dibuka sehingga 31 Disember 2020.

Bantuan Prihatin Nasional: Sehingga 19 April 2020, sejumlah RM480 juta dikreditkan kepada 1.2 juta penerima M40.

Insentif Kepada Pemandu E-Hailing: RM500 seorang kepada 90,000 pemandu e-hailing bermula 20 April 2020.

i-Lestari KWSP (Pengeluaran Akaun 2): Sehingga 17 April 2020 sebanyak 2.8 juta permohonan diterima, 1.5 juta diluluskan (tambahan lebih 300,000 dalam seminggu). Melibatkan jumlah pengeluaran RM702 juta untuk Mei 2020.

Pengurangan Caruman Pekerja KWSP: Caruman bulanan pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 7%, dijangka menambah sebanyak RM1.1 bilion pendapatan boleh guna (disposable income) kepada pekerja pada bulan April.

Bantuan Khas Kewangan:

  • Isu: BKK diluluskan untuk 1.4 juta penjawat awam dan o.9 juta pesara.
  • Penyelesaian: Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan BKK kepada 180,000 veteran angkatan tentera berstatus bukan pension

Elaun Bulanan Khas Barisan Hadapan:

  • Isu: Kriteria dan proses permohonan yang ketat
  • Penyelesaian: KKM telah bersetuju untuk memudahcarakan prosedur dan menurunkan kuasa pengesahan elaun tersebut kepada ketua jabatan masing-masing.

Projek Berskala Kecil: 

  • Isu: Perlu membuat persediaan awal agar memastikan kesinambungan aktiviti ekonomi terutama projek berskala kecil yang terkesan kerana PKP.
  • Penyelesaian: Cabut undi dibuat secara maya dan Kementerian dan Agensi implementasi akan diturunkan kuasa untuk keperluan kebenaran.

Sumber: Tengku Zafrul Aziz

Adib Mohd

Nur Farra