Siakap Keli

Hidup Kesunyian Selama Dua Tahun, Ikan Lumba-Lumba, ‘Honey’ Ditemui Mati

Seekor ikan lumba-lumba telah ditemui mati di sebuah akuarium Jepun yang terbengkalai.

Ikan lumba-lumba yang diberi nama Honey itu  didapati mati bersendirian setelah menghabiskan masa selama dua tahun terakhir hidupnya di kolam kecil di Marine Park Aquarium di bandar Choshi, sebelah timur Tokyo.

Gambar: Kyodo News

Honey pernah menjadi berita tumpuan di seluruh dunia apabila haiwan tersebut bersama 46 ekor penguin ditinggalkan di Marine Park Aquarium sejak Januari 2018.

Menurut DailyMail, Honey, penguin serta ratusan ikan dan reptilia, ditinggalkan setelah fasiliti itu ditutup. Ianya ditutup kerana kekurangan pengunjung yang hadir berikutan gempa yang melanda Jepun pada tahun 2011 dan krisis nuklear Fukushima.

Honey ditangkap pada tahun 2005 berhampiran Taiji, sebuah bandar pelabuhan barat yang terkenal dengan pemburuan ikan lumba-lumba tahunan. Pemburuan itu pernah dipaparkan dalam satu dokumentari bertajuk The Cove pada tahun 2009.

Gambar: Google

Kematiannya dilaporkan oleh badan amal haiwan yang berpangkalan di AS, The Dolphin Project.

Badan amal itu mengatakan di laman web mereka bahawa mereka telah berusaha untuk menyelamatkan Honey dan haiwan lain, namun usaha iu tidak berjaya.

Mereka mengatakan bahawa ikan dan akuarium tersebut kemudiannya telah dijual. Oleh itu, mereka menghubungi pemilik baru tersebut untuk cuba membeli Honey, agar ikan betina itu dapat ‘bersara dengan aman dan bermaruah’.

Walau bagaimanapun, The Dolphin Project mengatakan bahawa perbincangan itu berakhir pada bulan Mac apabila didapati bahawa Honey tidak akan hidup dengan lebih lama.

Haiwan itu kemudian mati di dalam tangkinya pada 29 Mac, kata badan amal itu.

Sumber: DailyMail

Adib Mohd

Nur Farra