Siakap Keli

Biodata Ustaz Ebit Lew, Insan Yang Menginspirasi Ramai

Pendakwah bebas Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew kini sering kali disebut kerana kebaikannya mendekati golongan-golongan kurang berkemampuan sepanjang PKP ini.

Keprihatinannya mendapat pujian rakyat Malaysia apabila beliau memberi pertolongan tanpa memilih bangsa dan agama.

Pendakwah berketurunan Cina ini mula mendapat hidayah ketika berusia 12 tahun.  Menurutnya dalam satu temubual, ketika kanak-kanak beliau merupakan seorang murid yang nakal.

Namun, hari demi hari pintu hatinya mula terbuka untuk mengenal Islam dengan lebih dekat melalui salah seorang gurunya. Pada saat itu, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak seluruh ahli keluarganya untuk turut mendekati agama Islam.

Ini biodata disebalik nama seorang insan berhati mulia, Ebit Lew.

  • Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
  • Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
  • Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
  • Bangsa : Cina
  • Agama: Islam
  • Status : Berkahwin

Pendidikan :

  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kerjaya : Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Pencapaian :

  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.
Perunding Latihan, Penceramah Motivasi, Penulis
  • Mengendalikan Lebih Dari 1000 kursus- kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan.
  • Biasa memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Pakistan & Thailand.
  • Panel jemputan di beberapa slot di saluran radio IKIM.fm Motivasi Pagi di Ikim, Islam Agamaku (Ikim.fm) Slot Usrah Nurani,Slot Islam Itu Indah (Ikim.Fm) dll
  • Panel jemputan beberapa rancangan televisyen seperti Semanis Kurma (Tv9), Tv Al-Hijrah.
  • Merupakan panel penulis beberapa majalah, akhbar dan merupakan pengarang buku Tangisan Umat & Perjalanan Hidayah Umat.

Sumber: Transform Jiwa, Azhan.co , Yusof Jalil

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra