Siakap Keli

Doktor Kongsi 10 Tips Elak Botol Susu Anak Berbau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Para ibu mungkin pernah berhadapan dengan situasi ini, dimana mencium bau masam daripada dalam botol susu anak.

Bau ini dikatakan kerana proses pembersihan botol yang kurang tepat. Bau susu yang melekat pada botol akan menyebabkan perkara ini berlaku.

Menurut perkongsian Doktor Ahmad Luqman Bukhari penjagaan dan kebersihan botol bayi perlu dititik-beratkan.

Secara ringkasnya, ibu bapa perlu memastikan 10 perkara ni diamalkan dengan betul:

  1. Usaha mencuci botol susu bayi sebaik saja mereka selesai menyusu. Pastikan juga tangan kita dalam keadaan bersih semasa proses mencuci.
  2. Tidak boleh membiarkan sisa susu yang tidak habis dan lama didalam botol susu. Mesti buang terus sebab kita tidak mahu ia menjadi medium pembiakan kuman dan bakteria, jadi basi lalu menghasilkan bau yang kurang enak.
  3. Hati-hati ketika mencuci puting susu. Guna berus khas supaya ia tidak mengoyakkan puting. Puting yang terkoyak atau merekah pun menjadi punca sarang kuman membiak.
  4. Gunakan juga berus botol khas untuk botol susu supaya seluruh sudut botol tu bersih dan tak ada kotoran yang tertinggal.
  5. Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul. Cari je ‘liquid cleanser’ yang khusus untuk mencuci botol bayi. Tidak kisahlah jenama apa pun asalkan memang dikhaskan untuk cucian botol dan selamat untuk bayi.
  6. Pastikan botol susu sentiasa kering. Jangan simpan terus dalam keadaan basah dan tertutup ya. Keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di rak atau tempat khas bagi mengeringkan botol dan puting.
  7. Sterilkan botol dan puting secara berkala.
  8. Bagus kalau dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Bertukar-tukar botol susu memudahkan parent untuk make sure setiap botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.
  9. Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan – 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini.
  10. Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat.

“Jika bayi selalu cirit birit, periksa balik cara kita kendalikan botol susu mereka. Punca keracunan berkemungkinan bermula dari situ,” menurut perkongsian Dr. Ahmad Luqman.

https://www.facebook.com/ahmadluqmanbukhari/posts/2989524807735912

Sumber: Ahmad Lukman Bukhari

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.