Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Di Beberapa Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga pukul 5.00 petang hari ini.

Menerusi kenyataan di laman MetMalaysia, kawasan yang terlibat sehingga jam 5 petang adalah di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Kelantan (Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Bagi kawasan yang dijangka berlaku ribut petir sehingga jam 4.00 petang pula ialah di Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Terengganu (Besut dan Dungun). Pahang ( Raub). Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Sabah Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi dua seksyen.

Menurut kenyataan, seksyen A iaitu perairan Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di kawasan perairan Pahang sehingga 4.00 petang hari ini.

Bagi seksyen B iaitu perkapalan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka dan Condore sehingga 4.00 petang pada hari ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa