Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Baru Lepas Bangun Tidur, Bekas Kepala Anak Gajah Di Pasir Tarik Perhatian Ramai

Seekor anak gajah meninggalkan jejak seperti fosil yang memperlihatkan bahagian kepala dan belalainya di atas timbunan pasir selepas tidur di situ.

Menurut Daily Mail, anak gajah yang bernama Anjan itu meninggalkan kesan yang hampir sempurna selepas tidur di dalam kurungannya di Chester Zoo.

Gambar: Daily Mail

Penjaga zoo nyata kagum dan memuatnaik gambar ‘seni’ itu ke dalam laman Twitter dengan kapsyen ‘Gajah berbaring pada bahagian sisi mereka untuk tidur selama empat jam, kini masanya untuk Anjan mencipta karya seni binatangnya yang menakjubkan!’

Gambar: Daily Mail

Warganet menyeru agar kesan cetakan Anjan itu dipelihara namun zoo itu berkata ianya tidak mungkin berlaku.

Gambar:Daily Mail

“Sayangnya, cetakan itu ditinggalkan di tengah-tengah habitat gajah dan beberapa kesan tapak kaki gajah yang lebih berat dilihat melaluinya,” kata Chester Zoo.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.