Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika bulan Ramadan yang bakal bermula pada esok hari (24 April 2020), umat islam tidak dibenarkan untuk solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau.
Ini kerana, tiada perhimpunan awam dibenarkan sepanjang tempoh PKP bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.
Sudah pasti ramai di antara kita yang berhajat menunaikan solat terawih berjemaah di rumah bersama keluarga yang tersayang. Inilah masa terbaik untuk kita mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, dapat bersahur dan berbuka bersama serta solat tarawih berjemaah bersama.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan panduan untuk kita pelajari bagaimana untuk melaksanakan solat Tarawih berjemaah di rumah.
Selepas ini, bolehlah kita sebagai ketua keluarga memimpin solat sunat Tarawih ini untuk setiap malam sepanjang bulan Ramadan memandangkan tempoh PKP ini dilanjutkan lagi ke fasa kelima bermula 29 April sehingga 12 mei 2020.
Berikut adalah panduan penuh untuk menunaikan solat sunat Tarawih berjemaah. Semoga dengan panduan ini kita sama-sama dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadan bersama keluarga di rumah:
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)