Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: SOP PKP Bulan Puasa Sama Sahaja, Kecuali Waktu Pergerakan Kenderaan Awam Dan Operasi Pasar Ditambah – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadhan adalah sama seperti PKP sebelumnya.

“SOP Ramadhan sama sahaja dengan SOP bulan-bulan biasa PKP satu, dua dan sebahagian PKP tiga kecuali;

Kenderaan awam. Dulu 5-10 malam, kita tambah masa 1 jam iaitu pukul 4 hingga 10 malam memandangkan kebiasaan dahulunya, kakitangan awam dan sebagainya dibenarkan pulang lebih awal dari waktu biasa. Oleh itu kita tambahkan waktu dari 5 petang hingga 10 malam kepada 4 hingga 10 malam.

Begitu juga dengan pasar. Jika dulu pasar barangan basah ditutup pukul 12 tengah hari, sekarang kita tambahkan hingga pukul 2 petang bagi memudahkan rakyat berbelanja untuk menyediakan makanan berbuka dan bersahur, katanya dalam sidang media hari ini.

Walaubagaimanapun, waktu operasi restoran adalah sama seperti sebelumnya bagi mengurangkan pegerakan rakyat.

Hal ini bagi mengelakkan sebahagian orang yang ‘panjang akal’ untuk keluar melanggar PKP dengan memberi alasan membeli makanan, ujarnya.

“Sebab itu kita kekalkan jadual waktu yang ditetapkan. Jika ingin  beli makanan sahur, belilah awal-awal,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.