Keindahan subuh 1 Ramadhan hari ini dihiasi dengan satu fenomena misteri dan unik yang muncul di langit Pendang, Kedah pada malam semalam.
Gambar fenomena tersebut berjaya dirakam seorang peniaga burger, Farizal Alimi di Kampung Baru di sini sekitar jam 2.15 pagi tadi.
Menurut Farizal, garisan cahaya yang bergerak-gerak itu telah muncul selama kira-kira 8 hingga 10 minit sebelum hilang. Tambahnya lagi, cuaca pada ketika itu baik selepas hujan di petang hari semalam. Malah, tiada angin dirasakan ketika kejadian berlaku.

Hasil penceritaan ternyata ianya sama dengan fenomena light pillar, atau tiang cahaya yang merupakan fenomena optik disebabkan pembiasan cahaya oleh kristal ais yang terampai di dalam udara.
Menurut Ahli Meteorologi Accu Weather, David Samuhel, light pillar boleh berlaku dalam keadaan cuaca tenang dan tidak berangin pada suhu sejuk.
“Kebiasaannya, kristal ais adalah cukup kecil untuk terus terampai di dalam udara dan hanya terbentuk apabila suhu sejuk berada di bawah.”
Untuk pembentukan kristal ais berlaku, keadaan mestilah mempunyai tekanan yang tinggi tanpa ribut. Hal ini kerana ribut boleh merosakkan pembentukan tiang dengan angin dan curahan hujan, katanya lagi.

Tambahnya, kristal ais itu membiaskan cahaya dari daratan seperti lampu jalan ataupun lampu bot nelayan di lautan. Justeru, warnanya bergantung kepada sumber cahaya terlibat.


Di bawah adalah kejadian light pillar yang berlaku Lappeenranta, Selatan negara Finland.

Sumber: Farizal Alimi, Accu Weather