Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fenomena Awan Tebal & Gelang Cahaya Aneh Di Kaki Langit China, Gemparkan Penduduk

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit Twitter

Fenomena Awan Tebal & Gelang Cahaya Aneh Di Kaki Langit China, Gemparkan Penduduk

Penduduk di Haikou, selatan Hainan, China digemparkan dengan kemunculan awan aneh beserta cahaya seperti langit di kaki langit kota itu, 21 Ogos lalu.

Fenomena aneh itu menyebabkan orang ramai bingung kerana kelihatan seolah-olah tergantung rendah di kaki langit. Menerusi video yang tular di laman twitter, ia menunjukkan gelang cahaya muncul di tengan-tengah dua bentuk awan.

Awan di bahagian bawah kelihatan lebih tebal dan bewarna gelap manakala awan dibahagian atas pula kelihatan lebih cerah. Pada gelung cahaya itu, dapat dilihat warna-warna seperti kuning, hijau, biru, iren dan beberapa warna yang lain lagi.

Video berkenaan nyata berjaya mencuri tumpuan orang ramai apabila memperoleh lebih 28 juta tontonan dalam tempoh yang singkat sahaja.

“Ini merupakan beberapa imej yang sangat menarik,” kata Mathew Box, Pakar Meteorologi Operasi kepada MailOnline.

Menurut Mathew, fenomena berkenaan dipercayai adalah pembentukan awan pileus dan ia adalah fenomena biasa, dimana cahaya matahari dipancar daripada sudut yang lebih rendah mengenai awan yang terdiri daripada kristal ais. Hasil pembiasan cahaya itu akan menampakkan fenomena seakan pelangi.

Awan Pileus biasanya hanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan akhirnya diserap oleh awan yang muncul di bawahnya melalui proses perolakan.

Mathew turut menjelaskan bahawa cahaya yang dihasilkan oleh awan Pileus selalunya tidaklah secerah cahaya yang dirakam menerusi video tersebut.

Sumber: DailyMail