Siakap Keli

Anjing Buta Tak Tahu Tuan Dah Lari, Jiran Prihatin Tolong Jagakan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Islam menekankan setiap umatnya untuk mempunyai sifat penyayang bagi setiap makhluk ciptaannya termasuk juga haiwan.

Memelihara haiwan menjadi budaya dalam masyarakat kita dan biasa dijadikan peneman. Namun, tidak semua menyukai haiwan ini, sehingga sanggup bertindak kejam.

Terbaru, menerusi sebuah posting di laman Twitter Syahmi, dia berkongsi mengenai kebaikan adiknya menjaga seekor anjing didakwa ditinggalkan oleh jiran yang lari meninggalkan rumah sewanya.

Menurutnya, anjing yang ditinggalkan itu buta dan jika terlepas daripada pagar rumah, mungkin boleh masuk ke dalam longkang.

Amalan seperti menjaga, merawat atau memberi makanan serta minuman kepada binatang terbiar adalah amalan yang sangat terpuji dan mulia di sisi agama. Semoga kita ambil iktibar melalui kisah ini.

Sumber: Twitter Syahmi

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.