Siakap Keli
perkara mengejutkan di malaysia
Gambar: BERNAMA

Wanita Korea Kongsi Perkara ‘Mengejutkan’ Di Malaysia

Wanita Korea Kongsi Perkara ‘Mengejutkan’ Di Malaysia

Malaysia sememangnya menjadi destinasi pilihan ramai dari serata dunia.

Negara bertuah ini bukan sahaja terkenal sebagai lokasi pelancongan. Malah, ia semakin mendapat tempat di hati warga asing untuk tinggal lebih lama dan membina kehidupan baharu di sini.

Perkara ini turut dikongsi oleh seorang wanita Korea, apabila pengalamannya di Malaysia mula meraih perhatian ramai di media sosial.

Apa yang menarik, wanita tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dianggap ‘mengejutkan’ sepanjang berada di negara ini.

Walaupun perkara-perkara itu mungkin kelihatan biasa bagi rakyat tempatan, namun ia cukup luar biasa di mata seorang warga asing seperti dirinya.

1. Orang Malaysia terlalu ramah & mesra

“Saya tak sangka, ke mana saja saya pergi, orang Malaysia sangat mesra. Malah, ada yang menyapa saya dalam bahasa Korea,” katanya.

Bagi wanita ini, keramahan rakyat Malaysia adalah sesuatu yang menyentuh hati.

Kongsinya, meski dia pernah tersilap lokasi semasa menempah Grab atau terlupa membawa sesuatu, pemandu-pemandu tetap memberikan senyuman dan sangat memahami.

2. Kepelbagaian budaya

Wanita ini turut terpesona dengan keunikan Malaysia yang menjadi rumah kepada pelbagai budaya, seperti Melayu, Cina, India banyak lagi.

“Rasa macam berjalan dari satu negara ke satu negara, tapi semuanya dalam satu bandar,” katanya.

Pengalaman ini membuka matanya bahawa keharmonian boleh wujud walaupun dalam suasana masyarakat berbilang kaum.

Sesuatu yang katanya jarang dilihat dalam kehidupan hariannya di Korea

3. Makanan ada di mana-mana

“Susah betul nak kelaparan di Malaysia. Bila-bila masa, mesti ada makanan,” katanya.

Bagi wanita Korea ini, budaya makanan Malaysia sangat unik.

Sama ada nasi lemak, teh tarik, roti canai atau makanan Korea sekalipun, semuanya boleh didapati dengan mudah, malah hingga ke lewat malam.

4. Grab: Murah dan mudah

Penggunaan perkhidmatan e-hailing seperti Grab juga dianggap sangat berpatutan dan mudah baginya.

5. Vibe bandar yang sangat cantik

Wanita ini juga jatuh cinta dengan suasana bandar Malaysia, dari pencakar langit hingga lampu-lampu yang menyinari malam.

Bahkan, bagi yang sukakan fotografi, dia menyarankan Malaysia sebagai lokasi wajib untuk ambil gambar kenangan yang menakjubkan.

6. Boleh bawa minuman sendiri ke restoran

Di Korea, membawa minuman dari luar ke restoran adalah sesuatu yang dianggap tidak sopan.

Namun di Malaysia, dia mendapati banyak restoran membenarkannya, sesuatu yang disifatkannya sangat mesra pelanggan.

7. Tak perlu kemas meja lepas makan

Di Korea, adalah menjadi kebiasaan untuk pelanggan mengemaskan meja selepas makan di kafe atau restoran.

Namun di Malaysia, perkara itu tidak dijangka.

“Tapi saya tetap kemaskan juga sebab dah terbiasa,” katanya.

8. Kod QR di mana-mana

Satu lagi aspek yang memudahkan kehidupannya ialah penggunaan kod QR dalam pelbagai urusan harian seperti pembayaran dan membuat pesanan makanan.

Baginya, ia sangat praktikal dan menjimatkan masa.

BACA: Kajian Dedah Bentuk Sebenar Tubuh Lelaki Yang ‘Sempurna’

BACA: Hari Terpendek Dalam Sejarah Mungkin Bakal Tiba, Amaran Saintis

BACA: Fenomena Rare, Awan Bergulung Bak Tsunami Kejutkan Pengunjung Pantai

Sumber: Instagram @aeshin_x

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.