Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Media Antarabangsa Gelar Malaysia “Rising Star”, Wanita Ini Kongsi 3 Sebab Pelabur Tertarik

rising
Kredit: Tiktok @therealsairahayati

Malaysia semakin mendapat perhatian pelabur global apabila negara ini disifatkan sebagai “rising star” atau bintang yang sedang meningkat naik dalam landskap pelaburan antarabangsa.

Perkara itu dikongsikan seorang wanita, Sarah Hayati, menerusi hantaran video di TikTok yang menjelaskan beberapa faktor mengapa Malaysia semakin menarik perhatian pelabur luar negara.

Menurut Sarah, terdapat tiga perkara utama yang menjadikan Malaysia semakin diperhatikan, iaitu aliran pelaburan asing, prestasi ringgit dan kestabilan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik.

Kredit: Tiktok @therealsairahayati

1. Aliran Pelaburan Asing Semakin Meningkat

Sarah berkata, aliran wang asing ke Malaysia menunjukkan minat pelabur terhadap pasaran tempatan, termasuk pelaburan dalam sekuriti hutang berdenominasi ringgit.

Beliau mendakwa pelabur asing melaburkan kira kira AS$6.5 bilion dalam sekuriti hutang tempatan Malaysia sepanjang 2025, sekali gus menjadikannya jumlah tertinggi di Asia Tenggara menurut perkongsian tersebut.

2. Ringgit Menunjukkan Pengukuhan

Selain aliran pelaburan, Sarah turut menyentuh prestasi ringgit yang menurutnya mengukuh kira kira 17 peratus sejak 2024, ketika analisis berkaitan Malaysia diterbitkan.

Pergerakan mata wang itu menjadi antara faktor yang diperhatikannya dalam menilai kedudukan Malaysia di rantau ini.

Kredit: Tiktok @therealsairahayati

3. Kestabilan Dan Pelaburan Teknologi

Faktor ketiga yang diketengahkan ialah kestabilan Malaysia ketika pelabur global berdepan ketidaktentuan geopolitik.

Sarah turut menyentuh perkembangan industri pusat data, semikonduktor dan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) yang menerima pelaburan daripada syarikat teknologi global.

Menurutnya, perkembangan tersebut berpotensi menyumbang kepada aktiviti ekonomi sebenar, selain disokong oleh kedudukan Malaysia yang strategik berhampiran pasaran utama seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Dalam video sama, Sarah turut menyebut pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak enam peratus tahun ke tahun bagi suku kedua 2026, selain prestasi eksport, perbelanjaan domestik dan aliran pelaburan yang menurutnya menyokong prospek negara.

Beliau berkata, perhatian terhadap Malaysia bukan sekadar berkaitan kos sara hidup, sebaliknya turut melibatkan arah pergerakan modal dan peluang ekonomi.

Sarah turut berkongsi bahawa beliau telah membeli sebuah rumah di Malaysia pada 2023, sekali gus menjadikan perkembangan ekonomi negara ini sesuatu yang dekat dengan minat peribadinya.

Perkongsian tersebut membuka ruang untuk orang ramai melihat faktor yang boleh mempengaruhi minat pelabur terhadap Malaysia, termasuk prestasi mata wang, kestabilan ekonomi dan perkembangan sektor teknologi.

Intipati
  • Sarah Hayati menyenaraikan tiga faktor utama yang menurutnya menarik perhatian pelabur global.
  • Beliau mendakwa pelabur asing memasukkan kira-kira AS$6.5 bilion ke sekuriti hutang tempatan.
  • Perkongsian itu turut menekankan ringgit, kestabilan geopolitik dan pelaburan sektor teknologi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan