Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ingatkan Semua Orang Macam Ni...” Wanita Ini Kongsi Pengalaman Berbeza Di Malaysia Dan Negara Maju

Pengalaman berbeza di Malaysia
Kredit: Tiktok @tifaposts

Hidup dalam masyarakat yang prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain secara tidak langsung boleh membuatkan seseorang mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kebaikan manusia.

Namun, pengalaman ketika melancong ke negara lain mungkin membuka mata bahawa perkara yang dianggap biasa dalam kehidupan seharian sebenarnya tidak semestinya berlaku di setiap tempat.

Itulah yang dikongsikan seorang wanita di Tiktok @tifaposts apabila dia membandingkan pengalamannya tinggal di Malaysia selama 10 tahun dengan pengalaman melancong ke sebuah negara maju beberapa minggu lalu.

Kongsi pengalaman berbeza di Malaysia dan negara maju

Menerusi perkongsiannya, wanita itu menceritakan satu kejadian ketika mengunjungi jualan penghabisan stok pakaian yang dipenuhi orang ramai di Malaysia.

Ketika itu, seorang wanita dipercayai tertinggal telefon bimbit di dalam salah sebuah bilik persalinan. Keadaan agak sibuk kerana dia sedang memegang banyak pakaian, selain perlu berdepan barisan pengunjung yang panjang.

Kredit: Tiktok @tifaposts

Namun, apa yang menarik perhatian ialah tindakan beberapa wanita lain yang segera menegurnya selepas menyedari telefon bimbit tersebut tertinggal.

Malah, seorang daripada mereka sanggup mengejar wanita berkenaan bagi memastikan dia kembali mengambil telefonnya.

Bagi wanita itu, tindakan sedemikian mungkin dianggap perkara biasa dalam kalangan masyarakat Malaysia sehingga orang ramai tidak teragak-agak untuk membantu seseorang yang tidak dikenali.

Kredit: Tiktok @tifaposts

Selepas hampir 10 tahun menetap di negara ini, dia merasakan dirinya sudah terbiasa melihat sisi baik manusia dalam kehidupan seharian.

Terkejut lihat orang ambil barang wanita yang terjatuh

Bagaimanapun, tanggapannya itu mula berubah selepas menyaksikan satu kejadian ketika melancong ke sebuah negara maju.

Menurutnya, dia melihat seorang wanita terlanggar seseorang ketika berjalan di dalam tren sehingga barang-barangnya terjatuh.

Apa yang mengejutkannya, beberapa individu yang lalu di kawasan tersebut dikatakan membongkok untuk mengambil barang-barang berkenaan sebelum memasukkannya ke dalam poket masing-masing dan beredar.

Kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sehingga dia sendiri hampir tidak sempat memahami apa yang sedang berlaku.

Dia mengakui terkejut dan sukar mempercayai apa yang dilihatnya, apatah lagi kejadian itu berlaku di sebuah negara yang dianggap maju.

Kebaikan kecil yang buat orang lebih menghargai Malaysia

Pengalaman tersebut membuatkannya terfikir bahawa kehidupannya di Malaysia mungkin telah membiasakannya dengan sikap prihatin orang sekeliling sehingga dia mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kemanusiaan.

Malah, wanita itu turut menyatakan bahawa sepanjang tinggal di Malaysia selama 10 tahun, dia tidak pernah melihat kejadian seumpama itu berlaku di negara ini.

Kredit: Tiktok @tifaposts

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman mereka menerima bantuan daripada individu tidak dikenali di Malaysia.

Ada yang menceritakan pengalaman ketika motosikal kehabisan minyak, namun dibantu seorang lelaki yang sanggup menolak motosikalnya menggunakan kaki sambil menunggang motosikal sendiri.

“Bagi saya, itu mungkin perkara biasa, tetapi saya sangat berterima kasih atas bantuannya. Saya harap kehidupannya sentiasa dipermudahkan,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen pula bersetuju bahawa terlalu biasa melihat kebaikan orang sekeliling boleh membuatkan seseorang berasa seolah-olah terlalu mudah mempercayai orang lain.

“Apabila kita pergi ke negara maju, kita menjangkakan layanan dan sikap yang sama. Namun, kita terkejut apabila tiada siapa yang menunjukkan sikap sedemikian,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna turut berkongsi bahawa orang ramai di Malaysia sering ringan tulang membantu apabila melihat barang seseorang terjatuh, walaupun pemiliknya sendiri sudah hendak mengambil barang tersebut.

“Selalu kalau barang jatuh, ada sahaja orang nak tolong kutip walaupun kita sendiri dah nak ambil. Terima kasih, rakyat Malaysia,” tulisnya.

Sumber:@tifaposts
Intipati
  • Seorang wanita membandingkan pengalamannya tinggal di Malaysia dengan lawatan ke sebuah negara maju.
  • Di Malaysia, beberapa wanita membantu memulangkan telefon bimbit yang dipercayai tertinggal dalam bilik persalinan.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman menerima bantuan spontan daripada individu tidak dikenali di Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan