Siakap Keli

PKP Fasa 4: Dua Orang Dalam 1 Kereta Dibenarkan, Tapi Mesti Duduk Serumah

Dalam satu sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disampaikan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkaitan terdapat kelonggaran diberikan dalam PKP pada fasa keempat yang bermula pada hari ini 29 April 2020.

Katanya dalam sidang media tersebut, kerajaan benarkan dua ahli keluarga untuk keluar membeli barang keperluan ataupun untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dalam tempoh PKP.

Kelonggaran dari segi jumlah penumpang di dalam kereta. Kalau dulu satu kereta seorang sahaja. Oleh itu untuk memberi kemudahan dan kelonggaran, kerajaan memberi dua orang dalam satu kenderaan. Pastikan mereka di dalam rumah yang sama dan tempat yang sama. (Rujuk minit ke 14:10)

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menjaga penjarakkan sosial dan memjaga kesihatan.

 

Sumber: Sidang Media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang