Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

(Video) Bedilan Meriam Tanda Berbuka Puasa Di Pekan

Seperti kebiasaannya, laungan azan merupakan antara detik-detik yang ditunggu oleh umat Islam yang berpuasa apabila tibanya waktu untuk berbuka puasa.

Namun begitu, satu kaedah yang dilakukan di Pekan, Pahang untuk menandakan tibanya waktu berbuka puasa agak lain dan unik sedikit berbanding dengan kebiasaan.

Ini kerana, pihak polis di bandar diraja Pahang menggunakan bedilan meriam sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk berbuka puasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata, tradisi menembak meriam itu sudah dimulakan sejak lebih 40 tahun lepas.

Bedilan meriam sebanyak satu das itu akan dilepaskan menggunakan dua laras meriam jenis Bavaria Gun M635 daripada Jerman bagi menandakan masuknya waktu maghrib.

Segala persiapan untuk menggunakan meriam ini akan dibuat 10 minit sebelum tibanya waktu maghrib.

Selain daripada itu, tembakan yang dilepaskan menggunakan meriam ini bukan sahaja digunakan untuk menandakan waktu berbuka puasa, ianya juga difahamkan turut digunakan untuk memaklumkan penduduk berkenaan bermulanya bulan Ramadan dan pengisytiharan hari raya Aidilfitri setelah disahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.