Siakap Keli

(Video) “Challenge” 1 Juta Komen Tercapai, Pemuda Buat Live Gunting Rambut Seperti Dijanjikan

Hari ini media sosial agak ‘hangat’ dengan satu isu tular, iaitu tentang seorang lelaki bernama Mohammad Rafiezulanwar Jaffri yang membuat ”challenge” sejuta komen di kirimannya di Facebook berdasarkan gambar gaya potong rambut yang unik.

Gambar: Facebook

Katanya menerusi kapsyen tersebut;

Dapat 1M comment, aku akan potong rambut mcm niyy. Takkan dapat punya 1M comment tu.

Ternyata netizen menyahut cabaran berani ‘matinya’ itu di mana 1 juta komen bersama kira-kira 18,000 perkongsian berjaya diraih dalam masa 12 jam sahaja.

Dan pada malam ini, beliau mengotakan janjinya untuk memotong rambutnya mengikut gaya itu dan ianya betul-betul dilakukan secara langsung!

Mari tonton video langsungnya ini.

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.