Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pemegang Kad UNHCR Beretnik Rohingya Tiada Hak Buat Tuntutan Kepada Kerajaan – KDN

Putrajaya, 30 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, pemegang kad UNHCR beretnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada Kerajaan.

Dalam kenyataan media bertarikh 30 April, KDN menegaskan Malaysia adalah bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967.

Hal ini menyebabkan Malaysia tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

Selain itu, KDN turut menegaskan pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di negara ini adalah tidak sah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Oleh yang demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada Kerajaan,” tulis kenyataan itu.

Kerajaan juga tidak mengiktiraf pelarian, sebaliknya mengkelaskan mereka sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang memegang kad UNHCR.

”Namun begitu, atas dasar kemanusian kerajaan telah membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,” kata kenyataan itu lagi.

Kerajaan juga mengingatkan sebarang tindak-tanduk pemegang kad UNHCR yang boleh menggugat kententaraman awam dan bertentangan dengan undang-undang negara boleh dikenakan tindakan.

Justeru, PATI yang memegang kad UNHCR dan tinggal di negara ini diingatkan supaya menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

KDN juga menegaskan bahawa pihak berkuasa akan terus bersiap-siaga sepanjang masa untuk menghalang sebarang pencerobohan sempadan atau pengairan negara.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.