Siakap Keli

Pergerakan Antara Negeri Termasuk Pulang Ke Kampung Sempena Aidilifitri Tidak Dibenarkan – PM

Perjalanan rentas negeri termasuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, bagaimanapun perjalanan rentas negeri hanya dibenarkan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

”Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” kata beliau.

PKPB yang diumumkan oleh kerajaan bakal melibatkan pembukaan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial bermula 4 Mei ini kecuali beberapa aktiviti yang
melibatkan perhimpunan ramai, dan mendedahkan orang awam kepada
risiko jangkitan wabak masih tidak dibenarkan.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)