Semua pekerja warga asing wajib jalani saringan COVID-19, lapor Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Mesyuarat memutuskan untuk mewajibkan semua pekerja warga asing daripada semua sektor seperti pembinaan, perkilangan, komersial, kedai makan dan sebagainya membuat saringan kesihatan (swab test).
“Kos saringan tersebut perlu ditanggung oleh majikan mereka,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.
Tambah Ismail, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang akan mulakan saringan swab test tersebut di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Dalam pada itu, Ismail menjelaskan keputusan tersebut adalah rentetan daripada peningkatan kes positif COVID-19 sejak dua hari berturut-turut yang dikenal pasti daripada kluster pekerja warga asing di sebuah tapak pembinaan di Ampang.
“Tapak pembinaan di Ampang telah pun ditutup.
“Jadi untuk membendung penularan, kerajaan akan tutup di mana sahaja tempat jika ada COVID-19 positif dalam kalangan pekerja mereka,” tambahnya lagi.
Tegas Ismail, sekiranya terdapat kes jangkitan yang dapat dikesan di lokasi kerja melibatkan sektor tersebut, maka ia akan ditutup dengan serta-merta.
Kenyataan berkenaan boleh dirujuk pada minit ke 11.30
Sidang Media (Non-Health) oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Sidang Media (Non-Health) oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan) 4 Mei 2020
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sunday, 3 May 2020
Sumber: RTM