Siakap Keli

Tular Foto Ayah Ada 4 Anak Kecil Mahu Jual Buah Pinggang Kerana Kesempitan Hidup

Menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup ketika pandemik COVID-19 adalah keputusan tragis yang dibuat oleh seorang lelaki dari Klaten, Jawa, Indonesia.

Lelaki berkenaan, Frans Larry Oktavianus tekad mahu berbuat demikian kerana atas desakan hidup setelah diberhentikan kerja, lapor portal Detik.

Tindakan luar jangkaan itu bukan sahaja menggemparkan seluruh penduduk kampung Dusun Karangsem, Ngering Jogonalan, malah ahli keluarganya cuma diberitahu bahawa dia hanya mahu ke Semarang.

“Kelmarin pagi, dia bersama isteri pergi ke Semarang, tapi cuma mahu ke sana sahajalah,” kata ketua penduduk, Heru Utomo kepada pemberita Detik di balai kampung pada Ahad.

Difahamkan, Larry berjalan kaki dari rumah ke rumah sehingga ke Semarang untuk menjual buah pinggangnya kerana mahu menanggung kos keperluan hidup, perubatan, persekolahan anak dan hutang-hutang.

“Anaknya ada empat orang, semuanya masih kecil. Ada yang bayi dan paling tua di sekolah menengah, tingkatan tiga.

“Larry bukan orang sini. Dia berasal dari Jakarta namun berkahwin dengan wanita dari sini, lalu terus bermukim di sini bersama keluarganya.

“Asalnya dia bekerja sebagai pencuci kenderaan di sebuah bengkel di Jakarta manakala isterinya pula suri rumah,” jelas Heru berkenaan lelaki itu yang kini telah diberhentikan kerja.

Mengulas lanjut, menurut Heru, masalah Larry sudah diketahui oleh pihak kerajaan dan bantuan seperti Kartu Indonesia Sihat (KIS) serta Program Keluarga Harapan (PKH) juga turut dimohonkan.

“”KIS memang belum (dapat) sebab pindah KTP sini belum lama, baru tiga bulan yang lalu. Tapi sudah kita usulkan,” tambahnya.

Sumber: Detik News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.